KUALA LUMPUR 18 February 2015. Pelakon Filem Cicakman 3, Zizan Razak. NSTP/Mohd Khairul Helmy Mohd Din
KUALA LUMPUR 18 February 2015. Pelakon Filem Cicakman 3, Zizan Razak. NSTP/Mohd Khairul Helmy Mohd Din
Oleh Norhadiani Baharom


Kuala Lumpur: Pelakon dan pelawak popular, Zizan Razak menafikan dia menjalin hubungan cinta dengan pegawai atasan stesen televisyen.

Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abd Razak menegaskan hubungan dia dengan wanita berusia 30-an itulah hanyalah atas dasar profesionalisme.

"Saya menghormati dia tidak lebih sebagai seorang kakak dan pengurus," katanya ketika ditemui di majlis previu filem Cicakman 3, di sini, malam tadi.

Harian Metro sebelum ini melaporkan wanita terbabit turut menafikan perkara itu dan menyifatkan ia fitnah yang mengejutkan dan tak berasas.

Spekulasi yang mengaitkan Zizan dengan wanita terbabit mula diperkatakan sejak bulan lalu selepaa tersebarmya gambar mereka berdua di media sosial.

Keadaan makin kecoh apabila ada pihak mendakwa kononnya hubungan itu melangkaui profesionalisme dan konflik untuk kepentingan peibadi Zizan.

Sementara itu, Zizan turut menafikan dia menghilangkan diri sebaik tamat program Anugerah MeleTop Era 2015 di Stadium Putra Bukit Jalil minggu lalu kerana kecewa tidak memenangi sebarang kategori walaupun menerima lapan pencalonan.

Dia mendakwa tidak dimaklumkan ada sesi temubual bersama media dan terus pulang ke rumah.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Mac 2015 @ 10:32 AM