Oleh Ramli Ibrahim

Gua Musang: Gara-gara tiada papan tanda memberitahu jambatan runtuh, dua lelaki nyaris maut apabila kereta yang mereka naiki jatuh dari ketinggian 40 meter (m) ke dalam Sungai Nenggiri di Kilometer 28, Jalan Gua Musang-Jeli, Kampung Pulau Setelu, di sini, kelmarin.

Bagaimanapun, dalam kejadian jam 11.30 malam, pemandunya, Wan Mohd Adil Wan Zaki, 32, hanya cedera di bahu kiri dan luka di mulut manakala rakannya, Daiman Mamat, 46, tidak cedera.

Mereka yang berasal dari Terengganu difahamkan dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang dan tidak menyedari jambatan itu runtuh berikutan tiada penghadang jalan atau papan tanda jelas menunjukkan lencongan untuk jambatan sementara.

Dua minggu lalu, jambatan sementara siap dibina di sebelah jambatan asal yang runtuh akibat banjir Disember lalu dan sudah dibuka kepada pengguna.

Saksi kejadian, Haika Hussin, 22, berkata, dia sedang berehat di sebuah pondok tidak jauh dari jambatan itu sebelum terdengar bunyi dentuman kuat.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Jun 2015 @ 9:49 AM