JALAN Gua Musang-Lojing di Kampung Kundur, Gua Musang, ditutup selorong selepas berlaku rekahan kira-kira 40 meter dan bahu jalan itu runtuh. FOTO Ramli Ibrahim
JALAN Gua Musang-Lojing di Kampung Kundur, Gua Musang, ditutup selorong selepas berlaku rekahan kira-kira 40 meter dan bahu jalan itu runtuh. FOTO Ramli Ibrahim
Ramli Ibrahim


JALAN Gua Musang-Lojing di Kampung Kundur, Gua Musang, ditutup selorong selepas berlaku rekahan kira-kira 40 meter dan bahu jalan itu runtuh, pada kira-kira 10 pagi Sabtu.

Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Jajahan Gua Musang, Fadhlil Wafi Nordin, berkata lorong kanan jalan menghala ke Lojing ditutup kepada semua kenderaan kerana tidak selamat.

Katanya, rekahan dipercayai berpunca akibat hakisan tebing Sungai Galas berhampiran jalan itu.

“Tiada jalan alternatif dan pengguna dinasihatkan lebih berhati-hati dengan mematuhi arahan papan tanda yang disediakan.

“Pemeriksaan lanjut sedang dijalankan sebelum kerja baik pulih dilakukan,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Jalan Gua Musang-Jeli ditutup kepada kenderaan berikutan jambatan sementara Kampung Pulau Setelu rosak teruk.

“Kita sudah memeriksa jambatan itu dan ia bahaya kepada pengguna selepas tiang dihanyut arus deras Sungai Nenggiri,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Disember 2017 @ 5:37 PM