SOFIAH    sesak nafas selepas diselamatkan anggota bomba, kelmarin.
SOFIAH sesak nafas selepas diselamatkan anggota bomba, kelmarin.

Melaka: Dua anggota bomba nekad meredah api di sebuah kediaman yang terbakar bagi menyelamatkan wanita warga emas yang lumpuh seluruh badan di Kompleks Perumahan Polis Seri Temenggong, di sini, pada jam 4.45 petang, kelmarin.

Ketika ditemui, mangsa, Sofiah Ahmad, 70-an, yang juga ibu mentua Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah Asisten Superintendan Md Dom Dollah terbaring tidak bermaya di atas katil dan mengalami sesak nafas dipercayai akibat terhidu asap sebelum dia didukung anggota bomba keluar dari kediaman itu.

Tindakan pantas itu mengelakkan mangsa daripada rentung dan pemeriksaan awal dilakukan mendapati sebahagian badannya cedera ringan.

Terdahulu, pasukan bomba yang baru tiba di lokasi kebakaran dimaklumkan jiran bahawa Sofiah terperangkap dalam kediaman itu.

Difahamkan, beberapa jiran yang menyaksikan kejadian cuba menyelamatkan warga emas itu, bagaimanapun gagal berikutan keadaan di dalam rumah dipenuhi asap dan api marak.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Jun 2015 @ 8:37 AM