NOR Syafiqah Fizlah (tengah) meraikan anugerah bersama rakan.
NOR Syafiqah Fizlah (tengah) meraikan anugerah bersama rakan.
Oleh Rosliza Mohamed


Kota Bharu: “Sebagai anak sulung, saya perlu membuat yang terbaik untuk membalas jasa ibu bapa,” kata Nor Syafiqah Fizlah Mohamad Saodi, 22, penerima Anugerah Terbaik Keseluruhan Semua Program Pra Graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem dan Maklumat Universiti Teknologi MARA (UiTM), Machang, semalam.

Nor Syafiqah berkata, sepanjang berada di UiTM, dia sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan terbaik.

“Saya perlu menumpukan sepenuh perhatian kepada pengajian supaya tidak mengecewakan ibu bapa.

“Alhamdulillah, dengan berkat doa orang tua dan hasil usaha selama ini banyak membantu saya untuk mengekalkan prestasi,” katanya ketika ditemui pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Mahasiswa dan Pra Graduan Sesi Mac-Julai 2015 di Hotel Renaissance, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Mei 2015 @ 9:33 AM