Halim diserang sekumpulan lelaki bermotosikal selepas suspek dikatakan enggan membayar wang selepas mencuci motosikal.
Halim diserang sekumpulan lelaki bermotosikal selepas suspek dikatakan enggan membayar wang selepas mencuci motosikal.
Oleh Mohamad Azim FitriAbd Aziz

Gombak: Sekumpulan lima geng kongsi gelap tidak hanya enggan membayar caj mencuci motosikal dihantar, malah turut menyerang pekerja premis mencuci kenderaan di Taman Batu Caves di sini, menggunakan pisau.

Dalam kejadian jam 2 petang kelmarin, suspek menyerang mangsa yang bertegas meminta suspek membayar upah mencuci motosikal.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Halim, 57, berkata, kejadian berlaku ketika dia bersama dua lagi rakannya sedang mencuci kenderaan di premis terletak di Taman Batu Caves, di sini.

“Suspek berusia 22 tahun itu tiba-tiba muncul bersama adiknya untuk mencuci motosikal.

“Suspek sebelum ini sudah tiga kali datang ke premis kami untuk mencuci motosikal tanpa menjelaskan sesen bayaran. Malah dia kerap mengugut akan mencederakan saya jika masih berdegil menuntut wang bayaran,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Mei 2015 @ 7:36 AM