PENUNGGANG motosikal yang ditahan kerana cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya ketika Operasi Bersepadu Cegah Jenayah dan Samseng Jalanan di Shah Alam.
PENUNGGANG motosikal yang ditahan kerana cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya ketika Operasi Bersepadu Cegah Jenayah dan Samseng Jalanan di Shah Alam.
Oleh Naqiukamil Abdullah

Shah Alam: “Saya panik sejurus melihat sekatan polis. Saya segera membuat pusingan U, namun terlanggar kereta Proton Wira, ” kata seorang penunggang motosikal yang ditahan polis kerana tidak mempunyai lesen menunggang motosikal sah.

Pemuda berusia 21 tahun itu ditahan dalam Operasi Bersepadu Cegah Jenayah dan Samseng Jalanan diadakan berhampiran Dataran Shah Alam di sini, jam 12 tengah malam, semalam.

Operasi berakhir jam 3 pagi itu diadakan di kedua-dua arah dari Persiaran Sultan menghala ke Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) serta dari LKSA menghala ke Bulatan Setiajasa, di sini.

Lelaki ditahan itu mendakwa sudah memasang niat untuk mengambil lesen menunggang motosikal pada bulan ini, namun kekurangan wang berikutan masih lagi menuntut di sebuah politeknik di Negeri Sembilan.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Mei 2015 @ 5:18 AM