DERETAN kenderaan yang dirempuh selepas sebuah kren hilang kawalan ketika turun bukit.
DERETAN kenderaan yang dirempuh selepas sebuah kren hilang kawalan ketika turun bukit.
Oleh Raja Noraina Raja Rahim

Seremban: Pengguna Jalan Sungai Ujong menghala ke Seremban di sini yang tersangkut dalam kesesakan panik apabila sebuah kren secara tiba-tiba meluncur laju dan merempuh 13 kenderaan, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.45 petang itu, kren yang dalam perjalanan dari Sendayan ke Seremban dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas ketika menuruni jejambat berhampiran Taman Bukit Kepayang di sini.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, kemalangan berlaku ketika kesesakan lalu lintas.

“Polis dimaklumkan mengenai kejadian itu jam 6.58 petang sebelum anggota dikerahkan ke lokasi untuk siasatan dan mengawal lalu lintas. Siasatan awal mendapati sebuah kren hilang kawalan lalu merempuh kenderaan di hadapannya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 April 2015 @ 10:13 AM