Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali

Kota Bharu: Enam graduan sebuah kolej mendakwa disenarai hitam daripada membuat sebarang pinjaman kerana gagal menjelaskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) walaupun sudah berbuat demikian menerusi kolej.

Mereka yang mengikuti Diploma Diagnostik Radiografi selama tiga tahun mendakwa sudah melunaskan pembayaran PTPTN bernilai lebih RM20,000 itu melalui kolej berkenaan selepas menerima pinjaman Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Pihak kolej bagaimanapun dikatakan tidak membuat pembayaran itu sehingga nama mereka dimasukkan dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) sehingga disenarai hitam untuk membuat sebarang pinjaman.

Seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Mira, 24, berkata, dia hanya menyedari namanya disenarai hitam, Januari lalu ketika mahu membuat pinjaman membeli kereta.

“Saya terkejut dimaklumkan pihak bank, nama saya tersenarai dalam CCRIS kerana tidak membayar PTPTN.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 April 2015 @ 6:00 AM