SHAHIDAN
SHAHIDAN
Oleh Hairulazim Mahmud

Kuala Lumpur: Penyokong kerajaan dan ahli Parlimen pembangkang semalam ‘berpadu tenaga’ menggasak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkaitan isu penubuhan badan khas menguruskan hal pentadbiran ahli Parlimen.

Semasa sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2014) 2015 peringkat jawatankuasa oleh Shahidan di Dewan Rakyat di sini, Anthony Loke Siew Fook (DAP-Seremban) bangkit mencelah mahu kerajaan bertindak memisahkan soal pengurusan gaji dan pencen ahli Parlimen daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Pengurusan Parlimen sepatutnya dilakukan di bawah badan khusus bagi mengelakkan kelam-kabut seperti sekarang apabila Timbalan Yang Dipertua pun tidak boleh ke tandas sekarang kerana pengubahsuaian sedang dilakukan.

“Akibat tidak ada pengurusan cekap keadaan seperti ini tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) kemudian bangun menyokong Loke sambil menegaskan sebagai penggubal undang-undang, ahli Parlimen sepatutnya mempunyai kedudukan istimewa selain perlu dilindungi institusi khas.

“Bukan orang lain menentukan masa depan kita, kita tentukan masa depan kita. Kenapa JPA yang tentukan masa depan wakil rakyat,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 April 2015 @ 9:37 AM