SUBRAMANIAM (dua dari kiri) meninjau keadaan kawasan rumah  ketika melakukan lawatan ke kawasan perumahan dalam program lawatan ke lokaliti hotspot denggi di Seksyen 7, Shah Alam.
SUBRAMANIAM (dua dari kiri) meninjau keadaan kawasan rumah ketika melakukan lawatan ke kawasan perumahan dalam program lawatan ke lokaliti hotspot denggi di Seksyen 7, Shah Alam.
Oleh Ayusliza Azizan

Shah Alam: Dalam tempoh enam hari dari 16 hingga 21 Mac lalu 98 kes kematian akibat wabak denggi dilaporkan di seluruh negara berbanding 54 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

Jumlah kematian akibat denggi itu mencatatkan peningkatan 81.5 peratus.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, dalam tempoh sama 2,006 kes demam denggi dilaporkan berbanding 2,275 kes minggu sebelumnya yang mencatatkan pengurangan 34 peratus.

“Jumlah kumulatif kes demam denggi dari Januari hingga 21 Mac lalu mencatatkan 30,890 kes berbanding tempoh sama tahun lalu dengan 21,967 kes sekali gus menunjukkan peningkatan 40.6 peratus atau 8,923 kes.

“Selangor masih mencatatkan kes demam denggi paling tinggi di negara ini iaitu 58 peratus daripada kes keseluruhan diikuti Perak,” katanya ketika melakukan lawatan lokaliti ke kawasan yang kerap berulang kes denggi (hotspot) di Seksyen 7, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Mac 2015 @ 10:05 AM