WARTAWAN merasai sendiri tekanan 4G di udara.
WARTAWAN merasai sendiri tekanan 4G di udara.
PESAWAT tempur Tentera Udara Diraja Malaysia, Su-30 MKM meluncur laju.
PESAWAT tempur Tentera Udara Diraja Malaysia, Su-30 MKM meluncur laju.
SIMULATOR Eurofighter Typhoon dipertontonkan pada pameran.
SIMULATOR Eurofighter Typhoon dipertontonkan pada pameran.
Oleh Badrila Jamlus

Langkawi: “Tadi tu 4G” kata Mejar Shamsul Shahreen Isa secara ringkas ketika penulis bertanyakan soalan selepas beliau melakukan aksi aerobatik menerbangkan pesawat ringan Extra 300L buatan Jerman milik pasukan aerobatik kebangsaan, Krisakti sempena LIMA’15, di sini, semalam.

Pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila pesawat itu melakukan aksi mendaki sambil membuat pusingan 360 darjah sebanyak tiga kali sebelum melakukan ‘loop’ dengan mendaki ke paras ketinggian tertentu dan terus menjunam semula cukup mendebarkan.

Pada ketika itu, kepala penulis mula pening dan merasakan segala ‘isi perut’ seakan mahu terkeluar sehingga terpaksa mencapai beg plastik sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya ‘termuntah’ dalam pesawat.

Ketika juruterbang mengajukan pertanyaan sekiranya beliau boleh meneruskan semula aksi tadi, penulis terus menunjukkan isyarat beg plastik sebagai tanda mengalah.

Selain daripada penulis, Krisakti turut menerbangkan jurukamera online Harian Metro, Mior Azlan Mior Kamarul Baid dan jurugambar NSTP, Ghazali Kori.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Mac 2015 @ 5:49 AM