SEBAHAGIAN pembeli menuntut pemaju  menyerahkan kunci rumah mereka.
SEBAHAGIAN pembeli menuntut pemaju menyerahkan kunci rumah mereka.
Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus

Kajang: “Kami menunggu hampir 12 tahun untuk mendiami rumah sendiri, namun hingga ke hari ini, pemaju masih gagal menyerahkan kunci berkenaan,” demikian keluhan seorang pembeli sebuah pangsapuri di Kajang, Faizul Ahmad Nazri, 47.

Menurut Faizul, dia membeli satu unit di pangsapuri berkenaan (Taman Kajang Villa) pada tahun 2003 dengan harga RM178,000 dan membuat pinjaman penuh menerusi sebuah bank.

Pangsapuri kos sederhana yang mempunyai kira-kira 300 unit itu sepatutnya siap sepenuhnya pada April 2004, namun nasib tidak menyebelahi mereka apabila ia terbengkalai dan pemaju asal dipercayai sudah gulung tikar.

Masalah itu bagaimanapun mendapat perhatian kerajaan yang kemudiannya melantik sebuah syarikat penyelesai (liquidator) baru untuk menyiapkannya.

Faizul berkata, syarikat terbabit berjaya menyiapkan projek berkenaan kira-kira setahun lalu dan sebahagian daripada kira-kira 300 pembeli dipercayai sudah mendapat kunci rumah sekitar Disember baru-baru ini.

Manakala sebahagian lagi iaitu 127 pembeli masih gagal mendapat kunci meskipun pelbagai usaha sudah dilakukan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Mac 2015 @ 10:03 AM