pengunjung   mendapat  hadiah istimewa   yang disediakan  Geng Rovers, semalam.
pengunjung mendapat hadiah istimewa yang disediakan Geng Rovers, semalam.

Kuala Lumpur: Penjelajahan Geng Rovers Harian Metro (GRHM) semakin dinantikan pembaca setia apabila persinggahan GRHM di setiap lokasi mendapat sambutan.

Lokasi pertama GRHM semalam di Medan Selera Setiawangsa sebelum penjelajahan diteruskan ke Restoran Sekinchan Ikan Bakar Setiawangsa.

Di kedua-dua lokasi ini, sambutan diterima amat menggalakkan terutama dalam kalangan pembaca setia Harian Metro dan pengunjung restoran.

GRHM ke Restoran Ali Bistro bagi meneruskan penjualan akhbar, keadaan juga menjadi meriah apabila ada pemilik restoran membeli banyak akhbar HM.

Penjelajahan diteruskan ke Jusco AU2 Setiawangsa dan pengunjung berebut-rebut untuk mendapatkan hadiah istimewa seperti baju Geng Rovers HM, buku nota, topi dan pelekat kereta yang disediakan.

GRHM kemudian ke Giant Supermarket Setiawangsa sebagai lokasi terakhir.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang penjelajahan adalah kuiz dan permainan Oh! Som Geng Rovers.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 January 2015 @ 10:09 AM