Geng GRHM bermesra dengan pembaca HM.
Geng GRHM bermesra dengan pembaca HM.

Bangi: Penjelajahan Geng Rovers Harian Metro (GRHM) yang semakin dikenali pembaca setia akhbar ini terus mendapat sambutan hangat ketika mengunjungi beberapa lokasi tumpuan umum di Bangi dan Bandar Baru Bangi, semalam.

Lokasi pertama di Pasar Basah Seksyen 1, Bangi seawal jam 8 pagi menarik pengunjung pasar yang tidak mahu melepaskan peluang membeli akhbar Harian Metro.

Geng GRHM semakin teruja apabila bergerak ke lokasi kedua dan tiba sekitar jam 9.30 pagi di sekitar Gerai makan pagi Roti Canai D Bukit, Jalan Saujana (Persiaran Jaya), Seksyen 10 Bandar Baru Bangi.

Seterusnya, kehadiran GRHM bersama Nissan Almera kenderaan dibawakan Edaran Tan Chong Motor menarik pengunjung yang menjamu selera di sekitar Restoran Asam Pedas, Seksyen 8 Bangi.

Misi diteruskan ke lokasi keempat di sekitar Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Bandar Baru Bangi dan pelbagai aktiviti dilaksanakan termasuk soal jawab kepada peminat Harian Metro.

Destinasi terakhir di sekitar Bangi Gateway, Bangi dan setibanya dilokasi Teh Tarik Place, GRHM diserbu pelanggan, pekerja dan orang awam yang tidak mahu melepaskan aktiviti bersama geng GRHM.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 November 2014 @ 7:08 AM