Kuala Lumpur: Kerajaan perlu menyemak semula kontraktor yang mendapat kontrak membekalkan seragam pasukan keselamatan negara seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk memastikan tiada penyelewengan.

Presiden Transparency International-Malaysia yang juga Penganalisis Jenayah, Datuk Akhbar Satar berkata, ini kerana sebarang pelakuan tidak amanah kontraktor berkenaan termasuk mengambil untung atas angin dengan memberikan kontrak itu kepada pihak lain boleh menimbulkan ancaman.

Katanya, kontrak pekerjaan membabitkan hal sensitif seperti pembuatan dan penjualan seragam pasukan keselamatan itu sudah diamanahkan kepada rakyat tempatan dan tidak harus sewenangnya diberikan warga asing yang hanya memikirkan keuntungan.

“Ini perkara serius, contohnya penyamaran polis sudah lama berlaku. Mesti ada sebab kenapa warga asing berani jual seragam keselamatan, kita kena tegas dan perlu ada integriti,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 January 2015 @ 10:31 AM