ANTARA peralatan dan bahan kimia bernilai jutaan ringgit yang ditemui di satu unit kondominium yang menjadi makmal memproses syabu dan ekstasi di sebuah unit kondominium di Batang Tiga, Klebang.
ANTARA peralatan dan bahan kimia bernilai jutaan ringgit yang ditemui di satu unit kondominium yang menjadi makmal memproses syabu dan ekstasi di sebuah unit kondominium di Batang Tiga, Klebang.
Oleh Yusmawati Mhd Yusof

Melaka: Kebakaran sebuah unit kondominium di Batang Tiga, Klebang di sini, akhirnya membongkar kegiatan sindiket memproses dadah serta kewujudan makmal syabu di kediaman itu.

Dalam kejadian jam 10 malam kelmarin, anggota bomba dan penyelamat berusaha memadamkan kebakaran di unit kediaman terletak di tingkat 21 kondominium itu.

Bagaimanapun, anggota bomba mula berasa curiga selepas terhidu bau bahan kimia sebelum menemui pelbagai peralatan dan bahan asas untuk ‘memasak’ syabu.

Selain menemui beberapa tong bahan kimia, anggota bomba turut menemui dua beg berisi dadah ekstasi yang sudah dan belum siap diproses.

Dadah itu dianggarkan seberat lebih 20 kilogram (kg) bernilai jutaan ringgit.

Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Superintendan Razali Bakar berkata, pihaknya mendapatkan bantuan Pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT), Jabatan Kimia negeri dan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengenal pasti bahan kimia disimpan dalam kediaman itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 January 2015 @ 5:25 AM