FOTO Muhammad Hatim Ab Manan
FOTO Muhammad Hatim Ab Manan
Oleh Yusmawati Mhd Yusof


Melaka: Satu unit kondominium yang dipercayai menjadi makmal memproses dadah jenis syabu dan estacy musnah dalam kebakaran di Batang Tiga, di sini, malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Superintendan Razali Bakar berkata, dalam kejadian kira-kira 10 malam itu, unit di tingkat 21 berkenaan dipercayai menjadi makmal memproses dadah selepas anggota bomba yang memadamkan kebakaran terhidu bau bahan kimia.

"Hasil siasatan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Kimia negeri menemui pelbagai bahan kimia yang dipercayai digunakan untuk menghasilkan syabu dan estacy.

"Kita turut menemui mesin menghasilkan dadah berkenaan. Dipercayai ia mampu menghasilkan 10 kilogram syabu sekali proses yang dianggarkan bernilai RM2 juta," katanya pada sidang medianya, di sini.

Katanya, turut ditemui satu beg plastik hitam estacy serta beberapa gram syabu dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 January 2015 @ 3:44 PM