TAN menunjukkan rakaman terakhir dihantar anaknya sebelum terbunuh dalam rempuhan di Shanghai.
TAN menunjukkan rakaman terakhir dihantar anaknya sebelum terbunuh dalam rempuhan di Shanghai.

Banting: “Saya kini berada di Shanghai Bund (China), orang ramai sangat dan terlalu menakutkan,” itu antara rakaman suara terakhir dihantar Tan Wei, 20, kepada ibunya Lee Siew Yan, 50, sebelum terbunuh dalam insiden rempuhan di Chen Yi Square, Shanghai, China pada sambutan Tahun Baru, minggu lalu.

Bapanya, Tan Chin Hin, 59, berkata, Tan Wei sebelum itu turut mengalami keracunan makanan dan badannya masih lagi lemah dua hari sebelum kejadian.

“Bagaimanapun, pada malam kejadian dia berkeras mahu membawa sepupunya melawat lokasi kejadian yang terkenal dengan pemandangan tepi sungai bagi menyambut tahun baru.

“Tan Wei menghantar pesanan ringkas kepada isteri saya memaklumkan rancangan mereka ke sana. Namun isteri saya tidak menyedari mesej itu,” katanya ketika ditemui di Kuil FGS Dong Zen, Jenjarom di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 January 2015 @ 6:54 AM