ORANG ramai membantu mengusung keranda mendiang Tan Wei ke kuil Dong Zhen.
ORANG ramai membantu mengusung keranda mendiang Tan Wei ke kuil Dong Zhen.
Oleh Mohd Hasbi Sidek

Banting: “Pada mulanya saya dapati nama anak tiada dalam senarai individu yang terbunuh dalam insiden berkenaan dan kami masih berharap dia tidak apa-apa,” kata Tan Chin Hin, 58, bapa kepada Tan Wei, 20, pelajar Malaysia yang terbunuh dalam insiden rempuhan di Chen Yi Square, Shanghai, China pada sambutan Tahun Baru, minggu lalu.

Chin Hin berkata, dia tidak berputus asa mencari anaknya, malah mengunjungi empat hospital di sekitar Shanghai yang menjadi tempat mereka yang cedera serta maut mendapatkan rawatan.

“Saya pergi ke semua hospital berkenaan dan apabila tiba di hospital keempat, kami menemui mayatnya dalam beg plastik.

“Saya sangat sedih dan terkilan kerana dia pergi meninggalkan kami dalam keadaan sedemikian,” katanya ketika ditemui di Kuil FGS Dong Zhen, di sini, semalam.

Mayat mendiang yang diiringi ibu bapanya pulang ke Malaysia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 6 petang semalam sebelum dibawa ke Kuil FGS Dong Zhen dan tiba pada jam 7.45 malam tadi.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 January 2015 @ 6:23 AM