Oleh Mohd Hasbi Sidek

Banting: Mayat mendiang Tan Wei, 20, pelajar Malaysia yang terbunuh dalam insiden rempuhan pada acara ambang tahun baru di China selamat tiba di KLIA, 6 petang tadi.

Mayat kemudiannya dibawa ke FGS Dong Zheng Temple di Jenjarom, di sini dan tiba kira-kira 7.45 malam.

Mayat mangsa diiringi ibu bapanya dari Shanghai.

Menurut pentadbir kuil berkenaan, pihaknya mengadakan upacara sembahyang dan penghormatan terakhir selama dua hari kepada mendiang.

"Kami memberi peluang kepada kaum keluarga dan penduduk kampung memberi penghormatan terakhir kepadanya," katanya.

Lebih 300 orang terdiri daripada kaum keluarga, rakan serta penduduk kampung hadir memberi penghormatan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 January 2015 @ 8:03 PM