Mohd Azmi  (kanan) bersama penghuni wanita Pusat Jagaan Al-Fikrah di Sungai Sekamat, Kajang.
Mohd Azmi (kanan) bersama penghuni wanita Pusat Jagaan Al-Fikrah di Sungai Sekamat, Kajang.
Oleh Iskandar Shah Mohamed


Kajang: “Walaupun bernasib malang sebegini, saya sentiasa tidak putus-putus memanjatkan doa supaya Allah segera membuka hatinya untuk berubah dan tidak terus menjadi anak derhaka. Usia saya semakin tua dan nyawa di hujung senja ini boleh ditarik pada bila-bila masa mengikut ketentuan-Nya.”

Itu harapan dan rintihan pilu seorang ibu tunggal berusia 74 tahun yang menghuni di Pusat Jagaan Al-Fikrah, Sungai Sekamat di sini, selepas mendakwa kecewa dengan sikap seorang daripada tiga anaknya yang melayannya seperti ‘orang asing’ selama hampir lima tahun walaupun mereka menghuni di dalam rumah sama.

Memilukan apabila wanita malang dikenali sebagai Rukiyah itu bukan hanya diabaikan dari segi kesihatan dan pakaian, malah dia dikatakan kerap menagih simpati meminta makanan daripada jiran berdekatan selain terpaksa pergi ke klinik atau hospital bersendirian dengan menaiki teksi untuk menjalani rawatan pelbagai penyakit kronik dihidapinya.

Menyedari tingkah laku anak lelakinya itu semakin berubah dan tidak mahu ia berlarutan, dia mengambil keputusan untuk ‘berkorban’ dengan keluar dari rumahnya sendiri semata-mata mahu memastikan keluarga anaknya bahagia tanpa kehadirannya yang dianggap seolah-olah tidak wujud sejak sekian lama.

Hati wanita warga emas itu semakin tersentuh apabila anak kesayangannya turut menghamburkan kata-kata ‘kalau mak mati sana (pusat jagaan) pun, jangan beritahu kami,’ yang masih diingatinya sejak menjadi penghuni pusat jagaan berkenaan, dua bulan lalu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 January 2015 @ 5:20 AM