PENGHUNI gembira sukarelawan tabur bakti bersama orang tua.
PENGHUNI gembira sukarelawan tabur bakti bersama orang tua.
Ainul Fatihah Mansor


Kajang: Biarpun masih bersekolah, namun sekumpulan anak muda tidak kekok melayan penghuni Pusat Jagaan Al-Fikrah, di sini, seperti keluarga sendiri.

Sukarelawan Zulia Humaira Zamros, 17, berkata, dia bersama 15 rakannya berusia antara 13 dan 17 datang ke pusat itu untuk melakukan aktiviti amal dan menghiburkan penghuni yang terdiri daripada warga emas serta orang kurang upaya (OKU).

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Abdul Aziz Shah itu berkata, menerusi aktiviti itu, ia dapat mengeratkan silaturahim antara golongan tua dan muda.

“Kami sudah membahagikan tugasan sesama sendiri. Contohnya, pelajar perempuan akan memasak dan mengemas manakala pelajar lelaki pula berkebun.

“Selain itu, saya dan rakan juga melayan penghuni ketika waktu makan kerana kami perasan mereka lebih berselera sekiranya disuap berbanding makan sendiri, mungkin disebabkan mereka merindui belaian keluarga,” katanya ketika ditemui di Pusat Jagaan Al-Fikrah, di sini, kelmarin.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 April 2016 @ 8:04 AM