ZAHRAN  (tengah) mengagihkan zakat kepada penghuni di Pusat Jagaan Al-Fikrah, Kajang. FOTO ihsan SSM
ZAHRAN (tengah) mengagihkan zakat kepada penghuni di Pusat Jagaan Al-Fikrah, Kajang. FOTO ihsan SSM
HM Digital

SURUHANJAYA Syarikat Malaysia (SSM) mengagihkan zakat wang tunai dan barangan perkakasan kepada golongan asnaf di Pusat Jagaan Al-Fikrah, Kajang, hari ini.

Seramai 70 penghuni Pusat Jagaan ini turut menerima wang zakat bagi setiap seorang beserta kelengkapan peribadi.

Barangan perkakasan yang dibekalkan termasuk dua periuk nasi besar, dua kipas industri dan dua penapis air. Selain itu, mesin basuh dan mesin pengering turut disumbangkan.

Pengagihan zakat itu disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Zahrah Abd Wahab Fenner.

Zahrah berkata, SSM sentiasa komited dalam membantu golongan yang memerlukan.

“Sejak dua tahun lalu, SSM mempelbagaikan kaedah pemberian zakat korporatnya dan memastikan penyampaian zakat ini dilakukan secara menyeluruh kepada semua golongan asnaf," katanya.

Katanya, SSM menubuhkan jawatankuasa pada 2016 untuk mengendali segala urusan pembayaran zakat selari dengan garis panduan serta polisi yang ditetapkan dan jumlah zakat RM3.4 juta diagihkan sepanjang 2017.

Dianggarkan sebanyak RM4.4 juta akan diagihkan pada 2018, katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Februari 2018 @ 7:29 PM