PENGUNJUNG gembira terima cenderahati daripada Geng Rovers.
PENGUNJUNG gembira terima cenderahati daripada Geng Rovers.

Kuala Lumpur: Jelajah Geng Rovers Harian Metro (GRHM) terus mendapat sambutan menggalakkan daripada pelbagai lapisan masyarakat di sekitar Ampang, Keramat dan Titiwangsa, semalam.

Dalam kunjungan di lokasi pertama di Medan Selera Putra Sulaiman, Ampang, sambutan yang diterima sangat memberangsangkan dengan sebanyak 50 naskhah akhbar Harian Metro (HM) berjaya dijual dalam tempoh 20 minit.

Di lokasi kedua iaitu di sekitar Restoran Anjung Sri Wangsa, Taman Putra Sulaiman, GRHM diserbu pengunjung bagi mendapatkan akhbar nombor satu pilihan ramai itu.

GRHM kemudian bergerak ke Restoran Selera Bonda, Taman Dagang dan pengunjung akan menerima hadiah istimewa dengan setiap pembelian HM.

Seorang penjawat awam, Mohd Fadly Ahmad, 41, berkata HM mempunyai kelainan tersendiri berbanding surat khabar lain kerana mempunyai isi yang padat dan bersesuaian dengan tagline, ‘Padat! rugi tak layan’.

Seterusnya, kehadiran GRHM bersama Nissan Almera kenderaan dibawakan Edaran Tan Chong Motor menarik pengunjung yang menjamu selera di Medan Selera Taman Desa Keramat, AU2, Keramat dan pelbagai aktiviti dilaksanakan termasuk soal jawab kepada peminat HM.

Destinasi terakhir di sekitar Taman Tasik Titiwangsa, GRHM mengadakan aktiviti seperti ‘Macam Mana’, ‘Radio Buruk’ dan sesi soal jawab kepada pengunjung bagi memenangi pelbagai hadiah menarik seperti beg cenderahati, kemeja-T dan topi ekslusif GRHM.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Disember 2014 @ 8:59 AM