PELAJAR MMU tidak melepaskan peluang bergambar dengan GRHM.
PELAJAR MMU tidak melepaskan peluang bergambar dengan GRHM.

Putrajaya: Penjelajahan Geng Rovers Harian Metro (GRHM) terus mendapat sambutan hangat dari pembaca setia akhbar nombor satu negara di empat lokasi sekitar daerah ini dan Cyberjaya semalam.

Lokasi pertama di Pasar Presint 8 di sini seawal jam 8 pagi menunjukkan kehadiran GRHM sudah diterima ramai apabila lebih 60 naskhah Harian Metro (HM) terjual.

Lebih mengujakan di lokasi kedua di Medan Selera Presint 8 lebih sejam kemudian, Geng GRHM hanya mengambil masa 15 minit untuk menghabiskan baki lebih 60 naskhah HM.

Seorang kakitangan awam, Faisal Samad, 30-an, berpendapat usaha HM dengan menggerakkan GRHM dilihat memberi impak yang lebih besar dan memudahkan orang ramai mendapat maklumat awal tanpa perlu ke kedai untuk mencarinya.

Malah ada yang kecewa berikutan 120 naskhah yang dijual di lokasi kedua habis selepas lebih 100 orang menyerbu GRHM .

Medan Selera Presint 9 dipilih sebagai lokasi ketiga apabila peminat nombor satu HM sudah tercegat menunggu lebih awal.

Azman, 50, bersama anaknya menunggu GRHM sejam awal untuk tidak melepaskan peluang menemui geng GRHM.

Lokasi terakhir GRHM yang juga universiti terakhir bagi program Youth United Festival 2014 bertempat di Universiti Multimedia Malaysia (MMU) Cyberjaya sekitar jam 2 hingga 4 petang terus mendapat sambutan daripada penuntut yang sudah setia menunggu di booth Youthzibition Gen Y Harian Metro.

Malah penuntut juga tidak melepaskan peluang mengisi borang untuk menjadi ejen Gen Y supaya karya penulisan mereka yang terpilih dikeluarkan di ruangan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 November 2014 @ 5:21 AM