Petra Jaya: Empat kanak-kanak yang ditemui terbiar dan merayau-rayau di depan sebuah restoran di Sibu Jaya, Sibu, Sabtu lalu, ditempatkan di Rumah Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Batu 12, Jalan Kuching-Serian untuk tempoh sebulan bermula, semalam.

Sebelum ini, empat kanak-kanak itu ditempatkan di Hospital Sibu untuk pemeriksaan kesihatan dan mereka didapati sihat fizikal serta sangat aktif.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga negeri Datuk Fatimah Abdullah berkata, kanak-kanak perempuan berusia dua hingga tujuh tahun akan ditempatkan sementara di pusat jagaan itu sehingga siasatan lengkap dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 November 2014 @ 5:09 AM