KANAK-KANAK lelaki berusia sembilan tahun yang ditemui orang awam berhampiran sebuah restoran makanan segera di Bandar Puchong Jaya, Subang Jaya, malam tadi. FOTO Ihsan pembaca
KANAK-KANAK lelaki berusia sembilan tahun yang ditemui orang awam berhampiran sebuah restoran makanan segera di Bandar Puchong Jaya, Subang Jaya, malam tadi. FOTO Ihsan pembaca
Nurul Hidayah Bahaudin


KANAK-kanak lelaki berusia sembilan tahun ditemui orang awam berhampiran restoran makanan segera di Bandar Puchong Jaya, Subang Jaya, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 10 malam itu, kanak-kanak lelaki berkenaan dilihat merayau-rayau di kawasan terbabit tanpa ditemani ahli keluarga.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Superintendan Choo Lily berkata, kanak-kanak berkenaan kemudian diserahkan kepada anggota polis kereta peronda (MPV) yang kebetulan sedang membuat rondaan di kawasan berkenaan.

"Ketika anggota polis MPV sedang membuat rondaan di kawasan terbabit, mereka dipanggil oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian.

"Mereka memaklumkan menemui kanak-kanak lelaki yang merayau-rayau di kawasan itu bersendirian," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, kanak-kanak itu kemudian dibawa ke Balai Polis Bukit Puchong, di sini, oleh anggota polis terbabit kira-kira 11 malam.

"Kanak-kanak itu diserahkan kepada ibunya yang tampil di balai polis berkenaan kira-kira 30 minit kemudian.

“Kanak-kanak itu dipercayai terpisah daripada ahli keluarganya yang berada di kawasan berhampiran lokasi kejadian,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Mac 2018 @ 2:38 PM