NUR Hazlizan (tengah) berkongsi kejayaan bersama ibu dan bapanya.
NUR Hazlizan (tengah) berkongsi kejayaan bersama ibu dan bapanya.
Oleh Nor Amalina Alias

Kota Bharu: “Saya pernah beri makan coklat kepada arnab peliharaan sehingga haiwan kesayangan saya itu mati.

“Sejak dari hari itu saya mula berminat mendalami ilmu veterinar kerana enggan mengulangi kesalahan sama,” kata penerima Anugerah Pelajaran Diraja Dr Nur Hazlizan Sulaiman, 24, dalam Istiadat Konvokesyen Universiti Malaysia Kelantan (UMK) kali ke-4 di sini, semalam.

Nur Hazlizan berkata, peristiwa itu menyebabkan dia mula berminat mengkaji penyakit dan punca kematian serta rawatan terhadap haiwan ternakan.

“Selepas mengikuti pengajian barulah saya dapat tahu coklat adalah makanan yang berbahaya kepada arnab.

“Peristiwa itu menyebabkan saya bertekad untuk mempelajari ilmu veterinar dan menyelamatkan haiwan ternakan lain,” katanya.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 November 2014 @ 5:12 AM