PENDUDUK sempat menebar jala berdekatan Kampung Kubang Gajah, Arau di sini semalam.
PENDUDUK sempat menebar jala berdekatan Kampung Kubang Gajah, Arau di sini semalam.
Oleh Zuliaty Zulkiffli

Alor Setar: Seramai 1,030 mangsa banjir dari 327 keluarga di daerah Kubang Pasu, Alor Setar dan Pendang dipindahkan ke lapan pusat pemindahan sementara di Kedah sejak kelmarin berikutan musim hujan.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kedah berkata, setakat ini 10 keluarga membabitkan 80 mangsa dipindahkan di surau Kampung Lapangan Terbang dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Soon Chin, di sini, manakala satu di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baru, Sungai Tiang, Pendang yang membabitkan dua keluarga dan sembilan mangsa.

Selain itu, lima lagi pusat pemindahan iaitu Dewan Kampung Tebing (65 orang daripada 13 keluarga), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun (54 keluarga, 177 orang), Dewan Kampung Kubang Betong membabitkan 52 keluarga, Sekolah Kebangsaan Binjai (tiga keluarga) dan Dewan Kampung Lahar (15 keluarga) di daerah Kubang Pasu masih dibuka.

“Jumlah keseluruhan mangsa membabitkan 1,030 orang yang membabitkan tiga daerah setakat ini masih berada di pusat pemindahan banjir sehingga petang ini (semalam).

“Bagaimanapun, setakat ini empat pusat pemindahan di daerah Kubang Pasu iaitu di Dewan Kampung Belukar, Masjid Kampung Titi Kerbau, Dewan Kampung Changkat Setoi dan Surau Taman Sayang sudah ditutup berikutan air surut di kawasan itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 November 2014 @ 5:17 AM