SABAN tahun dilaporkan tentang insiden kebocoran data membabitkan pengguna.
SABAN tahun dilaporkan tentang insiden kebocoran data membabitkan pengguna.
Muhammad Saufi Hassan


SUDAH menjadi wabak. Itu yang boleh disimpulkan terhadap kebocoran data pengguna sehingga tersebarnya maklumat sensitif di seluruh dunia.

Ia berdasarkan kepada satu dapatan kajian oleh seorang pakar daripada Institut Teknologi Massachusetts (MIT), Profesor Dr Stuart Madnick berhubung kebocoran data.

Kajian itu menemui kebocoran serta pelanggaran data peribadi sebagai wabak, mengancam data pengguna sensitif dan ia membabitkan seluruh pengguna di dunia serta tidak hanya berlaku di sesetengah negara sahaja.

Dapatan kajian itu diterbitkan gergasi teknologi dunia, Apple yang menjadi antara syarikat teknologi peneraju dalam pengukuhan integriti data pengguna secara menyeluruh.

Jumlah pelanggaran data lebih daripada tiga kali ganda antara 2013 dan 2022 yang mendedahkan 2.6 bilion rekod peribadi dalam tempoh dua tahun yang lalu saja.

Keadaan ini terus menjadi buruk untuk tahun-tahun kebelakangan ini dan kajian ini juga menemui untuk menekankan bahawa perlindungan kukuh terhadap pelanggaran data dalam awanan seperti kaedah penyulitan 'end-to-end.'

Sebagai pemain industri yang mementingkan keutuhan data peribadi, Apple terus mengorak langkah untuk pengukuhan integriti data pengguna menerusi pelancaran Perlindungan Data Lanjutan bagi iCloud.

PEMAIN industri, Apple antara pengeluar peranti pintar yang mengambil inisiatif khusus dalam mengekang kebocoran. data dengan pengukuhan integriti maklumat pengguna.
PEMAIN industri, Apple antara pengeluar peranti pintar yang mengambil inisiatif khusus dalam mengekang kebocoran. data dengan pengukuhan integriti maklumat pengguna.

Berdasarkan kertas kajian bertajuk 'Ancaman Berterusan Terhadap Data Peribadi: Faktor Utama Di Sebalik Peningkatan 2023' oleh Madnick turut mendedahkan peningkatan hampir 20 peratus dalam kebocoran data berbanding tahun 2022.

Untuk tempoh itu juga, lebih 360 juta pengguna menjadi mangsa kepada kebocoran data hanya untuk lapan bulan pertama tahun lalu.

Serangan berbentuk 'Ransonware' terus meningkat dengan hampir 70 peratus untuk tiga suku pertama tahun lalu berbanding tempoh sama tahun 2022.

Sistem storan data awanan, iCloud sudah melindungi 14 kategori data sensitif menggunakan penyulitan hujung ke hujung (end-to-end) termasuk kata laluan dalam Rantai Kunci iCloud dan data kesihatan.

Bagi pengguna yang mendayakan Perlindungan Data Lanjutan untuk iCloud, jumlah kategori data yang dilindungi menggunakan penyulitan hujung ke hujung meningkat kepada 23, termasuk Sandaran iCloud, Nota dan Foto.

Naib Presiden Kanan Kejuruteraan Perisian Apple, Craig Federighi berkata, ancaman 'pelakon' jahat terus memberikan banyak masa dan sumber untuk mencari cara yang lebih kreatif serta berkesan bagi mencuri data pengguna dan kami tidak akan berhenti dalam usaha kami untuk menghalangnya.

"Apabila ancaman terhadap data pengguna semakin meningkat, kami akan terus mencari cara untuk melawan balik bagi pihak pengguna kami dengan menambahkan perlindungan yang lebih berkuasa," katanya.

Berdasarkan laporan tahun ini, peningkatan pendigitalan kehidupan peribadi dan profesional pengguna mendorong peningkatan dramatik dalam pelanggaran data.

PENGENALAN kepada prosedur keselamatan serta penjagaan integriti data pengguna sangat penting ketika ini.
PENGENALAN kepada prosedur keselamatan serta penjagaan integriti data pengguna sangat penting ketika ini.

Setiap tahun, beribu-ribu pelanggaran data mendedahkan maklumat peribadi ratusan juta pengguna.

Penggodam sedang mengembangkan kaedah mereka dan mencari lebih banyak cara untuk mengalahkan amalan keselamatan yang pernah menghalang mereka.

Akibatnya, malah organisasi yang mempunyai amalan keselamatan yang paling kukuh mungkin terdedah kepada ancaman dengan cara yang tidak benar hanya beberapa tahun yang lalu.

Laporan itu juga menunjukkan bahawa walaupun pengguna mengambil semua langkah yang betul untuk melindungi data sensitif mereka, namun ia masih berisiko dikompromi oleh penggodam jika ia disimpan dalam bentuk yang boleh dibaca organisasi yang mereka amanahkan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 January 2024 @ 7:01 AM