Muhammad Saufi Hassan


Apple hari ini mengumumkan ketersediaan perisian dan teknologi perisian baharu yang membolehkan pembangun mencipta pengalaman aplikasi untuk komputer spatial pertama Apple iaitu Apple Vision Pro   

  Peranti ini akan menampilkan visionOS, sistem pengendalian spatial pertama di dunia, Vision Pro membolehkan pengguna berinteraksi dengan kandungan digital dalam ruang fizikal mereka menggunakan input paling semula jadi dan intuitif menerusi mata, tangan dan suara mereka. 

  Mulai hari ini, komuniti pembangun global Apple akan dapat mencipta kelas aplikasi pengkomputeran spatial yang baharu sepenuhnya yang memanfaatkan sepenuhnya dalam Vision Pro dan menggabungkan kandungan digital dengan dunia fizikal dengan lancar untuk membolehkan pengalaman baharu yang luar biasa. 

  Menerusi SDK visionOS, pembangun boleh menggunakan keupayaan hebat dan unik Vision Pro dan visionOS untuk mereka bentuk pengalaman aplikasi serba baharu merentas pelbagai kategori termasuk produktiviti, reka bentuk, permainan dan banyak lagi.

  Pada masa sama, Apple akan membuka makmal pembangun di Cupertino, London, Munich, Shanghai, Singapura dan Tokyo pada bulan depan untuk menyediakan pembangun pengalaman praktikal untuk menguji aplikasi mereka pada perkakasan Apple Vision Pro dan mendapatkan sokongan daripada jurutera Apple. 

  Pasukan pembangunan juga akan dapat memohon kit pembangun untuk membantu mereka membina, mengulang dan menguji dengan cepat pada Apple Vision Pro. 

  Naib Presiden Perhubungan Pembangun Seluruh Dunia Apple, Susan Prescott berkata, Apple Vision Pro mentakrifkan semula perkara yang mungkin pada platform pengkomputeran. 

  "Pembangun boleh mula membina aplikasi visionOS menggunakan rangka kerja berkuasa yang sudah mereka ketahui dan meneruskan pembangunan mereka lebih jauh dengan alatan dan teknologi inovatif baharu seperti Reality Composer Pro, untuk mereka bentuk pengalaman baharu untuk pengguna mereka.

  "Dengan memanfaatkan ruang di sekeliling pengguna, pengkomputeran spatial membuka peluang baharu untuk pembangun kami, dan membolehkan mereka membayangkan cara baharu untuk membantu pengguna mereka berhubung, menjadi produktif dan menikmati jenis hiburan baharu. Kami tidak sabar untuk melihat apa yang diimpikan oleh komuniti pembangun kami," katanya.

  Mulai bulan depan, pembangun yang membina aplikasi dan permainan 3D dengan alatan pengarangan Unity boleh memasang aplikasi Unity mereka ke Apple Vision Pro dan memanfaatkan sepenuhnya keupayaan berkuasanya. 

  Pembangun yang melihat pratonton SDK dan API visionOS teruja dengan potensi platform dan cara ia membolehkan mereka mencipta pengalaman apl serba baharu untuk pengguna mereka.

  Presiden Elsevier Health, Jan Herzhoff berkata, dengan Apple Vision Pro, Complete HeartX akan membantu menyediakan pelajar perubatan untuk amalan klinikal dengan menggunakan model dan animasi 3D hiper-realistik yang membantu mereka memahami dan menggambarkan isu perubatan, seperti fibrilasi ventrikel, dan cara menggunakan pengetahuan mereka dengan pesakit.

  "Pembelajaran melalui Complete HeartX pada Apple Vision Pro akan mengubah pendidikan perubatan dan menyediakan profesional kesihatan masa depan untuk berlatih," katanya.

  Menerusi Apple Vision Pro, ia membuka segenap dimensi baharu dalam pengupayaan realiti maya terutamanya perkomputeran spatial.

 

 

Tamat

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Jun 2023 @ 3:54 PM