Warna baharu untuk iPhone 14 dan iPhone 14 Plus berwarna kuning.
Warna baharu untuk iPhone 14 dan iPhone 14 Plus berwarna kuning.
Oleh Muhammad Saufi Hassan

 

 

Apple memperbaharui variasi iPhone 14 dan iPhone 14 Plus menerusi pengenalan warna kuning.

  Ia sekali gus menjadikan variasi pilihan warna untuk dua iPhone berkenaan kepada enam warna termasuk kuning, pengenalan warna baharu untuk peranti berkenaan.

  Kedua-dua variasi berkenaan dibina menerusi kerangka tahan lasak bersama pelindung seramik di bahagian depan dan pengenalan baharu ini juga memberi jaminan ketahanan prestasi dalam operasi paling optimum.

  Variasi iPhone 14 Plus juga menawarkan ketahanan jangka hayat bateri lebih sepanjang hari dan kedua-dua model berkenaan turut didatangkan dengan tetapan kamera dua lensa.

  Pengguna yang mahu mendapatkan warna baharu ini boleh melakukan pra tempahan bermula Jumaat ini dan ia akan mula berada di pasaran pada Selasa depan.

  Naib Presiden Pemasaran Produk Seluruh Dunia Apple, Bob Borchers berkata, pengguna suka tentang peranti ini dengan pengenalan warna baharu ini.

  "Peranti ini didatangkan dengan kefungsian lensa kamera bertaraf pro dengan rekaan yang ringan bersama-sama fungsi kecemasan iaitu SOS menerusi satelit.

  "Ia sekali gus menjadikan iPhone 14 sebagai pilihan peranti paling tepat untuk pengguna," katanya.

  Sebelum ini, lima warna sudah diperkenalkan iaitu Midnight, Starlight, Product Red, Biru, Ungu dan terbaharu ialah kuning.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Mac 2023 @ 10:38 PM