Oleh Muhammad Saufi Hassan

 

Kejayaan pelancaran satelit Measat-3d oleh MEASAT Global Berhad menandakan peristiwa penting dalam mengembangkan liputan jalur lebar berkelajuan tinggi dan perkhidmatan intensif data dalam menghubungkan lebih ramai rakyat Malaysia, terutamanya di kawasan terpencil.

  Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Gokhan Ogut berkata, syarikatnya melabur secara signifikan dalam pembinaan rangkaian menyeluruh selama lebih 25 tahun untuk memastikan semua rakyat Malaysia bersalinghubung.

  "Kami turut gembira dengan kejayaan pelancaran Measat-3d baru-baru ini yang bakal memainkan peranan penting dalam keupayaan komunikasi mudah alih, fiber dan satelit untuk membawa pengalaman rangkaian yang lebih baik kepada rakyat Malaysia," katanya.

  Bagi mencapai Rangkaian Menyeluruh, Maxis juga komited dengan pelan tindakan JENDELA negara.

  Pada suku pertama tahun ini, Maxis mencapai 3,000 premis yang diluluskan di bawah komersial dan 16,400 premis di bawah Universal Service Provision (USP) untuk fiber dan untuk mudah alih, 12 tapak baharu dan menaik taraf 609 tapak. Bagi JENDELA Fasa 2, penggunaan Akses Rangkaian Jalur Lebar Satelit akan menyediakan salinghubungan untuk capai liputan 100 peratus untuk Malaysia.

   Penyelesaian tertumpu berkelajuan tinggi Very Small Aperture Terminal (VSAT) memanfaatkan pengguna Perusahaan dan juga segmen mudah alih yang terdiri daripada Korporat dan Perniagaan Kecil Sederhana (PKS), inisiatif swasta dan kerajaan dan merentasi permukaan darat dan laut.

  Pelancaran satelit baharu akan membolehkan liputan dan prestasi yang lebih komprehensif terutamanya bagi kawasan kurang perkhidmatan dan terpencil di seluruh negara yang kekurangan akses rangkaian 4G atau fiber.

  Satelit Measat-3d akan melengkapkan satelit Measat3a dan 3b untuk keperluan komunikasi teras dan meningkatkan kapasiti jalur lebar satelit sepuluh kali ganda kepada 30 Gbps, yang membolehkan peningkatan kelajuan jalur lebar internet pelanggan daripada 30 Mbps sehingga 100 Mbps.

 

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Julai 2022 @ 10:19 AM