GUNA VPN untuk lebih selamat terhadap ancaman siber yang kian meningkat.
GUNA VPN untuk lebih selamat terhadap ancaman siber yang kian meningkat.
Muhammad Saufi Hassan


SEPANJANG tempoh pandemik Covid-19 ini sememangnya memberi kesan langsung kepada adaptasi digitalisasi untuk semua peringkat.

Peningkatan adaptasi berkenaan bukan saja tertumpu kepada sektor pekerjaan malah dapat dilihat bahawa sektor pendidikan juga menggunakan kaedah sama selain sektor industri.

Keadaan itu sekali gus mencetuskan 'gelombang kesesakan trafik' Internet secara menyeluruh.

Selain daripada itu, tatkala hampir seluruh pengguna tertumpu kepada adaptasi digitalisasi, wujud ancaman serangan siber yang kian meningkat seiring dengan peningkatan pengguna di ruang siber.

Serangan berbentuk individu menerusi emel phishing, malware, ransomware dan beberapa bentuk serangan siber lagi adalah yang paling popular.

Pengurus Besar Kaspersky Asia Tenggara, Yeo Siang Tiong berkata, ancaman berkenaan akan sentiasa ada malah kebarangkaliannya akan lebih tinggi apabila ramai pihak berada di ruang siber.

Beliau berkata, wujud beberapa kaedah untuk mengurangkan risiko daripada menjadi mangsa serangan siber antaranya menggunakan 'rangkaian persendirian maya' atau 'Virtual Private Connection' (VPN).

"VPN ini adalah rangkaian persendirian yang memberi tahap keselamatan optimum kepada pengguna dan secara praktikalnya, ia juga memberi satu sambungan Internet persendirian antara peranti dan ruang pelayang Internet.

RANGKAIAN persendirian maya (VPN) mampu memberi keupayaan keselamatan kepada pengguna.
RANGKAIAN persendirian maya (VPN) mampu memberi keupayaan keselamatan kepada pengguna.

"Pada dasarnya, ia seperti pagar keselamatan yang melarang sesiapa sahaja memantau atau mengakses data pengguna di ruang siber berkenaan.

"Sebagai contoh, kami di Kaspersky turut menyediakan aplikasi serta perisian VPN ini yang dikenali sebagai Kaspersky Secure Connection yang menyediakan privasi dalam talian, akses kandungan global dan penyemakan imbas yang sangat pantas dengan tujuan membantu pengguna menjelajahi web dengan selamat dan cepat," katanya kepada #ITMetro dalam satu temubual khas, baru-baru ini.

Beliau berkata, apabila pengguna masuk ke ruang siber melalui sambungan VPN, akses Internet peribadi ini memastikan bahawa sebarang maklumat peribadi tidak terdedah kepada beberapa bentuk serangan.

KASPERSKY Secure Connection tawar tahap keselamatan dengan data terkod bertaraf ketenteraan.
KASPERSKY Secure Connection tawar tahap keselamatan dengan data terkod bertaraf ketenteraan.

Katanya, ia termasuk serangan berbentuk phishing, perisian hasad, virus dan pelbagai lagi ancaman siber yang sering berubah wajah.

Menurutnya, privasi pengguna juga terjamin kerana tidak ada yang dapat mengesan tingkah laku, data, carian pengguna di ruang siber.

"Sesiapa sahaja boleh memanfaatkan langkah keselamatan tambahan yang disediakan oleh ciri sambungan VPN.

"Memang tidak dinafikan terdapat pelbagai aplikasi atau perisian VPN yang berada di pasaran namun perisian

kami mendapat pengiktirafan data terkod bertaraf ketenteraan sekali gus meminimumkan risiko serangan terhadap peranti pengguna.

"Ia juga dapat melindungi alamat protokol Internet (IP) pengguna termasuk maklumat penyedia perkhidmatan Internet atau 'Internet Service Provider' (ISP) yang sedang digunakan," katanya.

Siang Tiong berkata, VPN menghalang serangan dengan memberi pengguna saluran yang selamat dan dienkripsi antara peranti kepada destinasi atau pelayan.

PENGURUS Besar Kaspersky Adia Tenggara Yeo Siang Tiong menjelaskan bahawa VPN mampu memberi tahap privasi kepada pengguna dengan semua jejak data adalah dilindungi.
PENGURUS Besar Kaspersky Adia Tenggara Yeo Siang Tiong menjelaskan bahawa VPN mampu memberi tahap privasi kepada pengguna dengan semua jejak data adalah dilindungi.

Meniurutnya, bagaimanapun, pengguna perlu menggunakan ini bersama dengan penyelesaian keselamatan Internet seperti Kaspersky Total Security supaya tahap keselamatan dipertingkatkan sekali gus mengurangkan risiko menjadi mangsa serangan siber.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Julai 2021 @ 7:00 AM