LIPUTAN 4G
LIPUTAN 4G
Muhammad Saufi Hassan


Kuala Lumpur: Hampir 93 peratus untuk liputan 4G di seluruh negara berjaya dicapai hasil inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyatakan bahawa jaringan berkenaan akan mencapai 95 peratus menjelang akhir tahun ini.

Dalam satu kenyataan akhbar, SKMM menyatakan bahawa ia adalah selari dengan inisiatif JENDELA iaitu sasaran sebanyak 96.9 peratus rangkaian 4G menjelang akhir tahun 2022.

SKMM juga menyatakan bahawa dengan penutupan rangkaian 3G pada penghujung tahun ini akan membantu meningkatkan liputan 4G di seluruh negara.

Pada masa sama, bagi menggalakkan rakyat berhijrah kepada peranti 4G, kerajaan turut memberikan subsidi khas untuk pembelian peranti baharu melalui Program Jaringan Prihatin.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Mac 2021 @ 12:12 PM