Muhammad Saufi Hassan


SYARIKAT gergasi teknologi, Huawei yang berpangkalan di China banyak mencipta inovasi dalam peranti pintar serta keupayaan teknologi jaringan telekomunikasi sehingga menguasai sistem jaringan baharu Generasi Kelima (5G).

Keupayaan peranti keluaran syarikat itu terutamanya dalam siri 'P' iaitu yang terbaharu P40 Pro Plus mempamerkan keupayaan dalam kualiti imej gambar dan kini syarikat berkenaan sedang mengembangkan keupayaan carian aplikasi iaitu 'Huawei Petal Search.

Fungsi 'Petal Search' berkenaan mampu yang membolehkan pengguna mencari sebarang aplikasi mahupun permainan mudah alih yang mahu dimuat turun kepada peranti Huawei.

Fungsi pintar berkenaan membolehkan pengguna untuk melakukan carian bagi sebarang aplikasi tanpa perlu membuka beberapa tetingkap sebaliknya menggunakan satu fungsi carian saja.

Pengguna juga boleh memuat turun aplikasi menerusi Huawei AppGallery yang mempunyai kelebihan tersendiri, malah apa sahaja aplikasi dan perkhidmatan yang tersedia di Google Play Store, ia juga terdapat pada Huawei AppGallery serta mempunyai fungsi sama.

Dalam erti kata lain, sebilangan besar aplikasi yang sering digunakan di Malaysia, tersedia di AppGallery.

Ketika ini AppGallery sudah digunakan di 170 negara dengan lebih 300 juta pengguna aktif bulanan sejak kali pertama layanan ini dibuka ke seluruh dunia pada April 2018.

Malah platform yang disediakan Huawei itu juga disifatkan sebagai 'mesra pembangun aplikasi' dan ia menunjukkan syarikat berkenaan benar-benar komited untuk memperluaskan fungsi AppGallery pada masa depan.

Keterbukaan Huawei kepada segmen pembangun aplikasi juga menjadikan Huawei AppGallery sudah mempunyai lebih 400 juta pengguna aktif bulanan dan menjadi gedung maya ketiga terbesar di dunia ketika ini.

Huawei menjanjikan bahawa lebih banyak lagi aplikasi baharu akan diperkenalkan menerusi gedung milik syarikat berkenaan termasuk kemudahan pencarian Petal Search yang menjadikan pengalaman carian pengguna lebih mudah.

Ramalan pemain industri pula menjangkakan bahawa Huawei bakal menjadi peneraju dalam segmen gedung aplikasi tidak lama lagi memandangkan syarikat itu lebih terbuka dan mesra kepada pembangun perisian.

Pengguna di luar sana tidak perlu bimbang dengan sistem carian aplikasi untuk peranti Huawei memandangkan syarikat itu mempunyai sistem carian pintar, Petal Search dan juga AppGallery yang semakin berkembang.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 September 2020 @ 6:44 AM