THEHUNTER: Call of the Wild beri mekanik permainan lebih terperinci termasuk kesan grafik
THEHUNTER: Call of the Wild beri mekanik permainan lebih terperinci termasuk kesan grafik
Muhammad Saufi Hassan

MUNGKIN pemain hari ini agak bosan dengan tawaran permainan seperti penembak pertama dengan mengejar musuh dan konsep itu mungkin menjadi terlalu konvensional.

Penulis ingin mencadangkan kepada pemain untuk mencuba permainan TheHunter: Call of the Wild iaitu satu genre simulasi pemburuan binatang yang menggunakan konsep realistik termasuk mekanisme permainan yang sangat realiti.

Sebenarnya, permainan ini berada di pasaran sejak tahun lalu namun kurang mendapat perhatian kerana mungkin bagi sesetengah pemain, ia membosankan dengan pemburuan binatang.

Penulis juga mempunyai persepsi yang sama iaitu ia mungkin satu genre yang bosan apabila mengejar binatang dan setiap haiwan berkenaan mempunyai trofi khusus bermula daripada gangsa, perak, emas dan berlian.

Sempena jualan potongan harga yang dilakukan Steam minggu lalu, harga judul berkenaan sekitar RM9 dan penulis mencuba dengan beberapa pemain lain dan hasilnya sangat mengagumkan apabila ia suatu permainan yang unik.

PERMAINAN theHunter: Call of the Wild tampil mekanik pemburuan unik dan realistik.
PERMAINAN theHunter: Call of the Wild tampil mekanik pemburuan unik dan realistik.

Pemain akan menjadi pemburu dan dilengkapi raifal bersama skop penembak tepat namun mekanisme raifal adalah realistik termasuk daya tendangan senjata.

Tidak cukup itu, setiap haiwan mempunyai kelebihan tersendiri seperti ada binatang yang mempunyai keupayaan penglihatan serta deria bau yang sangat baik dan ia memerlukan pemain menggunakan penyembur penghilang bau.

Haiwan jenis ini juga memerlukan pemain membidik daripada jarak yang jauh dan ini menguji keupayaan kerana setiap jarak berkenaan dipengaruhi daya susutan fizik peluru atau 'Zeroing'.

Tawaran senjata juga pelbagai dan pemain perlu membukanya menerusi skor markah raifal jika gemar menggunakan senjata itu atau menggunakan busur yang lebih senyap namun jarak yang tidak efektif.

Setiap kenaikan tahap juga, pemain akan diberi 'point' untuk menaik taraf kemahiran penjejakan binatang.

Tambah menarik, landskap alam sekitar yang sangat mengagumkan.

Contohnya jika pemain bermain di peta percuma yang ditawarkan, kesan grafik serta bunyi angin ketika berada di tahan tinggi memberi pengalaman berbeza.

Selain itu, pembanguna permainan ini menawarkan pek peta berbayar dan pemain boleh membelinya dengan harga kurang RM10 sepanjang promosi yang dijangka berlanjutan sehingga 10 Julai depan.

Penulis sangat mengesyorkan permainan ini kerana ia bukan sekadar simulasi pemburuan, tetapi ia memberi mekanik permainan yang lebih terperinci termasuk kesan grafik yang baik.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Jun 2020 @ 6:30 AM