Huawei Mate 9 yang mempunyai beberapa inovasi baru termasuk kerjasama dengan syarikat fotografi, Leica dilancarkan hari ini. FOTO Afiq Hanif
Huawei Mate 9 yang mempunyai beberapa inovasi baru termasuk kerjasama dengan syarikat fotografi, Leica dilancarkan hari ini. FOTO Afiq Hanif
Afiq Hanif


Munich: Huawei melancarkan model Mate 9 yang mempunyai beberapa inovasi baru termasuk kerjasama dengan syarikat fotografi, Leica.

Ia bermakna pengguna memperoleh imej yang baik dengan dua kamera Leica generasi kedua beresolusi 12 megapiksel,manakala ciri utama fotografi popular, monokrom memperoleh sensor 20 megapiksel.

Telefon ini bersaiz 5.9 inci jenis FHD dengan sistem operasi Android 7.0 yang digabungkan dengan EMUI 5.0.

Mate 9 mempunyai RAM sebanyak 4GB dengan kadar storan 64GB, manakala baterinya pula berkapasiti 4000mAh dan lengkap pemprosesan Kirin 960.

Huawei memaklumkan kelancaran Mate 9 mampu bertahan selama 18 bulan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 November 2016 @ 10:56 PM