Muhammad Saufi Hassan


DUA operator baru diperkenalkan dalam game taktikal penembak pertama (First Person Shooter) Tom Clancy's Rainbow Six: Siege (R6S) sejajar dengan pelancaran musim baru dengan Operasi 'Wind Bastion.'

Operator baru itu dikenali dengan nama 'Kaid' dan 'Nomad' dan berasal dari Maghribi.

Pemain yang sudah memiliki pas tahunan untuk tahun ketiga R6S akan menerima dua operator tentera itu secara percuma manakala pemain yang tidak memiliki pas itu perlu menunggu sehingga 11 Disember depan sebelum watak berkenaan boleh dibeli.

Menerusi demonstrasi dua operator itu, Nomad memiliki gajet persenjataan khas iaitu Penembak Pelancar Udara (Airjab Launcher) yang mampu untuk melempar bom pada jarak dekat.

Sementara itu, Kaid pula dilengkapi dengan Cangkuk Elektronic Rtila (Rtila Electroclaw) yang berfungsi dengan mengalirkan arus elektrik kepada objek logam yang terdekat.

Operasi Wind Bastion adalah musim keempat dalam tahun ketiga permainan itu dan sejak R6S dilancarkan pada 2015, ia sudah mempunyai 16 musim dan setiap musim mempunyai dua operator yang dilengkapi dengan gajet persenjataan khas.

Berdasarkan rekod, pada 30 Oktober lalu permainan itu mempunyai lebih 40 juta pemain seluruh dunia dan antara permainan tembakan taktikal paling popular kini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Disember 2018 @ 6:30 PM
NOMAD antara dua operator baru diperkenalkan dalam Tom Clancy's Rainbow Six: Siege.
NOMAD antara dua operator baru diperkenalkan dalam Tom Clancy's Rainbow Six: Siege.