APLIKASI Tumblr dibuang dari app Store.
APLIKASI Tumblr dibuang dari app Store.
Afiq Hanif


TUMBLR akhirnya mengesahkan sebab utama dikeluarkan daripada App Store berikutan penemuan kegiatan pornografi

kanak-kanak di dalam aplikasinya.

Tumblr sebelum ini memberitahu alasan mereka berbuat demikian kerana berdepan beberapa isu dan cuba menyelesaikan masalah berkenaan.

Bagaimanapun, rangkaian sosial media milik Yahoo itu baru-baru ini mengesahkan penularan pornografi kanak-kanak menjadi punca utama aplikasi itu dikeluarkan.

Dalam kenyataan terbaru itu, Tumblr berkata ia mempunyai sistem penapisan bagi melindungi dan menghalang imej keterlaluan yang menyalahi undang-undang seperti pornografi kanak-kanak untuk dimuat naik di platform itu.

Malangnya sistem itu nampaknya berjaya ditembusi dan walaupun Tumblr berkata kandungan itu berjaya dipadamkan segera, aplikasinya tetap belum dimasukkan semula di App Store.

Sementara itu, untuk pengguna Android aplikasi terbabit masih ada di dalam Google Play Store.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 November 2018 @ 6:31 AM