ROG Phone yang bersaiz 6.0 inci berprestasi tinggi dengan pemprosesan Qualcomm Snapdragon 845 2.96GHz. FOTO/ROHANIS SHUKRI.
ROG Phone yang bersaiz 6.0 inci berprestasi tinggi dengan pemprosesan Qualcomm Snapdragon 845 2.96GHz. FOTO/ROHANIS SHUKRI.
Afiq Hanif

ASUS Republic of Gamers (ROG) memperkenalkan fon game, ROG Phone yang bersaiz 6.0 inci berprestasi tinggi dengan pemprosesan Qualcomm Snapdragon 845 2.96GHz.

Dilengkapi storan dalaman 128GB, ASUS ROG Phone turut disediakan bersama sistem penyejuk 3D Vapor-Chamber.

Rekaan dengan logo ROG bercahaya di belakang ini ditambah bateri berkapasiti 4000mAh dan pembesar suara berkualiti tinggi dan RAM sehingga 8GB.

ASUS ROG PHONE

Harga: RM3,499 (8GB+128GB), RM3,999 (8GB+512GB)

Pemprosesan: Qualcomm Snapdragon 845 2.96GHz

RAM: 8GB

Storan: 128GB / 512GB

Bateri: 4000mAh

Skrin: 6 inci AMOLED

Grafik: Adreno 630

Kamera: 12MP

Kamera depan: 8MP

KAMERA mirrorless Fujifilm X-T3. FOTO/EMAIL
KAMERA mirrorless Fujifilm X-T3. FOTO/EMAIL

Fujifilm mengeluarkan model kamera ‘mirrorless’, X-T3 yang mempunyai sensor 26 megapiksel menampilkan reka bentuk retro dengan ciri kontemporari.

Model ini mampu memberi kelajuan AF dan pada masa sama enjin menawarkan output 4K/60P yang pertama di dunia.

FUJIFILM X-T3

HARGA: RM7,388 (Ibadan såja), RM8,388 (dengan kit 18-55m)

Resolusi: 26MP

Pemprosesan: X Processor 4

ISO: 160~12800

Viewfinder: 0.5 inci OLED Color Viewfinder

Monitor: 3.0 inci

Sambungan: WiFi, bluetooth

Jangka hayat bateri: 390 rakaman

V11i warna merah jambu FOTO/ASYRAF HAMZAH
V11i warna merah jambu FOTO/ASYRAF HAMZAH

Vivo Malaysia memperkenalkan telefon pintar V11i warna merah jambu yang digandingkan dengan kamera kecerdasan buatan (AI) bagi gambar lebih tepat dan reka bentuk futuristik.

V11i warna khas ini boleh didapati pada harga RM1,299.

Pengenalan model terbaru itu adalah tambahan kepada rangkaian telefon pintar Vivo bagi siri V yang boleh didapati bermula 15 September ini bagi V11 dan 21 September untuk V11i di seluruh negara.

VIVO V11i

Harga: RM1,299

Warna: Merah jambu

Pemprosesan: Mediatek MT6771 Helio P60

RAM: 4GB

ROM: 128GB

Kamera: 16MP+5MP

Kamera depan: 25MP

Kad SIM: 2

Battery: 3315

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 November 2018 @ 6:00 AM