Muhammad Saufi Hassan


SONY memperkenalkan kamera tanpa cermin berbingkai penuh iaitu Sony Alpha 7S III yang berkeupayaan untuk melakukan rakaman video sehingga 4K termasuk kadar segar semula yang tinggi.

Menyentuh aspek spesifikasi, kamera ini mempunyai keupayaan 24.2 megapiksel (MP) dengan 35mm paparan penuh CMOS selain kadar sensitiviti pencahayaan sehingga ISO 51200 dan kadar untuk imej pegun sehingga ISO 50-204800.

Keupayaan Sony Apha 7S III melakukan rakanan 4K HDR dan kualiti video yang dihasilkan adalah yang terbaik dalam kelasnya.

Kamera berprestasi tinggi ini mempunyai tanda harga pra tempahan yang cukup tinggi iaitu RM16,599 untuk badan kamera saja tanpa aksesori tambahan yang lain.

Bagi mereka yang ingin membeli pakej lengkap Sony Alpha 7S III bersama-sama dengan sebuah lensa, pembeli juga boleh menempah kamera tersebut dengan lensa 24mm F1.4 (SEL24F14GM) untuk harga RM21,699 ataupun lensa 24-70mm (SEL2470GM) untuk harga RM24,999.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Ogos 2020 @ 5:46 PM