Menerbangkan dron bukan perkara asing bagi pengguna di negara ini meskipun kita terikat dengan beberapa peraturan ditetapkan Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

Ia masih lagi hobi yang sangat menarik untuk dilakukan dan sudah pasti dengan kehadiran model baru Phantom 4 menambah keceriaan kepada peminat pemandu tanpa pesawat (UAV) ini.

Phantom 4 adalah dron pintar pertama di pasaran menawarkan ciri seperti pengelak halangan (Obstacle Avoidance), penjejak aktif (ActiveTrack) dan terbang dengan satu petikan (TapFly).

Dron ini mampu terbang sehingga lima kilometer pada kelajuan kira-kira 70 kilometer sejam (km/j)dengan ketahanan bateri selama 25 minit.

SPESIFIKASI:

PHANTOM 4

Harga: RM6,199

Pengedar: ECS ICT Berhad (ECS)

Berat: 1.38kg

Kelajuan maksimum: 70kmj

Ketahanan bateri: 28 minit

Kamera: 12MP

Frekuensi: 2.4GHz

Format rakaman video: UHD: 4096◊2160 (4K) 24 / 25p, 3840◊2160 (4K) 24 / 25 / 30p, 2704◊1520 (2.7K) 24 / 25 / 30p, FHD: 1920◊1080 24 / 25 / 30 / 48 / 50 / 60 / 120p, HD: 1280◊720 24 / 25 / 30 / 48 / 50 / 60p

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 April 2016 @ 5:15 AM