SOLEKAN edgy untuk gaya segar dan funki. FOTO Rosela Ismail
SOLEKAN edgy untuk gaya segar dan funki. FOTO Rosela Ismail
Intan Mas Ayu Shahimi


GAYA solekan edgy kini semakin menjadi-jadi. Kalau dulu jenis solekan urban ini hanya digayakan wanita ketika di pentas peragaan ataupun di majlis sosial dengan tema tertentu, kini ia menjadi pilihan mereka yang mahukan kelainan.

Tidak terhad kepada batasan warna, gaya mahupun bentuk mata, solekan edgy boleh digayakan sesiapa saja. Bagi kebanyakan jurumekap artis, gaya solekan ini dianggap menepati trend semasa berikutan menjadi pilihan popular dalam kalangan selebriti.

Perincian solekan ini terletak di bahagian mata dan diseimbangkan dengan pilihan gincu rona sesuai. Ia tidak semestinya kelihatan cantik, tetapi menyerlahkan wajah segar seiring trend solekan terkini.

Kata jurumekap artis, El Manda Zuhairy (@mandalicious_official), gaya solekan edgy chic diinspirasikan untuk wanita yang sukakan gaya dan penampilan berani.

“Solekan ini memperlihatkan garisan mata yang tebal, dihasilkan dengan celak, penggaris mata atau mengadunkan warna pembayang rona terang. Kita akan lakar garis tirus menaik melepasi kelopak mata, diikuti sapuan pembayang untuk membentuk gaya funki.

“Cukup sekadar fokus kepada mata dan bibir saja manakala bahagian wajah yang lain dibiarkan polos. Sempurnakan mekap dengan pilihan pemerah pipi rona semula jadi supaya tidak keterlaluan,” katanya.

Jelas El Manda, gaya edgy lebih unik berbanding jenis solekan lain kerana boleh menyerlahkan keremajaan, selain membuatkan wajah tampak lebih muda berbanding usia sebenar.

“Ramai wanita suka mengenakan gaya solekan smokey di bahagian mata. Mereka tidak sedar bahawa pemilihan gaya berkenaan boleh menampakkan wajah lebih matang dan berusia.

“Jika mahu tampil lebih muda, funki dan segar, sebaiknya pilih gaya solekan edgy. Ia sesuai untuk majlis sosial dan boleh disuai padan dengan pelbagai gaya, bergantung kepada pemilihan warna pembayang mata.

“Selain itu, gaya ini juga sesuai untuk melengkapkan penampilan kasual dan ringkas. Apa yang penting, pastikan garis mata yang dibuat tidak keterlaluan dan sepadan dengan bentuk wajah,” katanya.

Ikuti perkongsian langkah demi langkah solekan edgy yang dihasilkan El Manda. Sebelum mula bersolek, jangan lupa belai wajah dengan pelembap dan krim asas supaya hasilnya tampak sempurna.

1. WAJAH sebelum disolek. FOTO Rosela Ismail
1. WAJAH sebelum disolek. FOTO Rosela Ismail

2. RATAKAN bedak asas dan kemaskan solekan dengan sapuan nipis bedak tabur. FOTO Rosela Ismail
2. RATAKAN bedak asas dan kemaskan solekan dengan sapuan nipis bedak tabur. FOTO Rosela Ismail

3. BENTUKKAN wajah dengan meratakan pembayang gelap-cerah di bahagian bawah mata, hidung, tulang pipi, rahang dan dahi. FOTO Rosela Ismail
3. BENTUKKAN wajah dengan meratakan pembayang gelap-cerah di bahagian bawah mata, hidung, tulang pipi, rahang dan dahi. FOTO Rosela Ismail

4. OLES pemerah pipi rona merah bata secara nipis. FOTO Rosela Ismail
4. OLES pemerah pipi rona merah bata secara nipis. FOTO Rosela Ismail

5. BENTUKKAN kening. FOTO Rosela Ismail
5. BENTUKKAN kening. FOTO Rosela Ismail

6. LAKAR garis tirus secara menaik melepasi kelopak mata diikuti sapuan pembayang rona terang. Lengkapkan solekan dengan maskara dan sapuan pembayang di bawah mata. FOTO Rosela Ismail
6. LAKAR garis tirus secara menaik melepasi kelopak mata diikuti sapuan pembayang rona terang. Lengkapkan solekan dengan maskara dan sapuan pembayang di bawah mata. FOTO Rosela Ismail

7. PILIH pewarna bibir rona semula jadi. FOTO Rosela Ismail
7. PILIH pewarna bibir rona semula jadi. FOTO Rosela Ismail

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Jun 2019 @ 11:02 AM