CANTIK dan menyerlah dengan solekan segar.
CANTIK dan menyerlah dengan solekan segar.
Siti Nadirah Hafidzin

Gaya solekan kian pantas berubah mengikut pengaruh fesyen semasa. Sekalipun masing-masing mempunyai stail dan pendapat berbeza, kaedah bersolek terkini tetap menjadi rujukan untuk tampil jelita di majlis keraian, pejabat ataupun bersantai.

Tidak kira sama ada menggunakan produk antarabangsa mahupun tempatan, kualiti solekan sebenarnya banyak bergantung kepada teknik dan kebolehan merias wajah.

Menurut jurusolek profesional Hana Hamdan (@hana_amdan), antara jenis solekan selamat yang boleh menyerlahkan kejelitaan wanita adalah solekan segar terutama menggunakan teknik yang betul.

“Mulakan solekan dengan semburan pelembap wajah atau krim pelembap biasa dan biarkan ia benar-benar meresap jauh ke dalam kulit.

“Selepas menggunakan bedak asas diikuti bedak padat dengan sekata, sapukan pemerah pipi terlebih dulu bagi mendapatkan kesan yang lebih menyerlah. Ia dinamakan teknik ‘tanam pemerah pipi’.

“Untuk solekan segar, gunakan celak mata rona putih kerana ia lebih semula jadi dan memberikan impak segar. Kebiasaannya, ramai menggunakan celak mata rona coklat atau hitam namun sedikit berbeza dengan jenis solekan ini,” katanya.

Hana berkata, diingatkan pemilihan rona gincu juga memainkan peranan besar dalam hasil keseluruhan solekan. Gincu berwarna lembut lebih sesuai untuk menghasilkan jenis solekan ini.

“Paling utama adalah pemilihan rona kerana ia memberikan kesan yang berbeza. Penggunaan rona terang dan menyerlah akan memberikan hasil yang lebih ‘wow’ berbanding penggunaan rona lembut.

“Solekan segar sesuai digayakan untuk banyak acara juga malah ia adalah pilihan tepat bagi gaya harian kerana ia tidak keterlaluan dan ‘sedap mata memandang’,” ujarnya.

Kata Hana, paling utama, kenali terlebih dulu rona wajah dan jenis karakter diri sebelum cuba mengenakan apa juga jenis solekan kerana sekiranya tersalah pilih penampilan keseluruhan kemungkinan kelihatan janggal.

Hana berkongsi langkah demi langkah melakukan solekan segar.

1. WAJAH model sebelum disolek.
1. WAJAH model sebelum disolek.

2. SAPUKAN bedak asas dengan sekata diikuti bedak tabur atau padat.
2. SAPUKAN bedak asas dengan sekata diikuti bedak tabur atau padat.

3. LAKUKAN teknik pembentukan wajah bagi mendapatkan bentuk wajah lebih terbentuk.
3. LAKUKAN teknik pembentukan wajah bagi mendapatkan bentuk wajah lebih terbentuk.

4. SAPUKAN pemanis pipi dengan teknik ‘tanam pemerah pipi’.
4. SAPUKAN pemanis pipi dengan teknik ‘tanam pemerah pipi’.

5. LUKIS kening bagi mendapatkan hasil lebih menawan.
5. LUKIS kening bagi mendapatkan hasil lebih menawan.

6. SAPU pembayang mata menggunakan rona lembut sesuai warna baju.
6. SAPU pembayang mata menggunakan rona lembut sesuai warna baju.

7. GUNA celak putih di bawah mata untuk impak solekan segar diikuti maskara dan pembayang mata.
7. GUNA celak putih di bawah mata untuk impak solekan segar diikuti maskara dan pembayang mata.

8. SAPU pemerah pipi sekali lagi.
8. SAPU pemerah pipi sekali lagi.

9. GUNAKAN rona gincu lembut.
9. GUNAKAN rona gincu lembut.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Julai 2018 @ 12:55 PM