MANIS dengan solekan klasik. FOTO Rohanis Shukri.
MANIS dengan solekan klasik. FOTO Rohanis Shukri.
Siti Nadirah Hafidzin

TIDAK kira dari aspek busana, aksesori mahupun solekan, tema klasik tidak pernah lapuk dek peredaran masa. Semakin menghampiri era 2020, tema itu masih segar dan mendapat tempat di hati wanita tanpa mengira usia.

Mana tidaknya, tema klasik memberi impak luar biasa kepada empunya diri, menyarung sepasang busana tradisional dipadankan dengan solekan sepadan memberikan hasil yang memukau.

Menyentuh soal solekan, bagi wanita yang gemarkan kesederhanaan dalam solekan tetapi mahu kelihatan berseri dengan aura semula jadi, mungkin boleh mencuba solekan klasik yang memberi tumpuan kepada mata dan bibir.

Mata memainkan peranan penting kerana di situlah tumpuan diberikan manakala solekan bibir dapat menyerlahkan lagi keperibadian anggun wanita.

Menurut jurusolek profesional Emelia Roslan atau lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Latt, gandingan rona solekan perlu diberi keutamaan agar kena dengan penampilan.

“Konsep klasik mengambil kira pemilihan warna pembayang mata dan gincu. Penggunaan rona merah terang pada gincu adalah elemen terpenting yang perlu ada dalam menghasilkan solekan ini.

“Teknik solekan asas seperti penggunaan bedak asas tetap sama iaitu tidak terlalu tebal, tetapi masih berfungsi melindungi cela wajah. Ini bagi memberikan kesan segar kepada wanita,” katanya.

Menurutnya, pilih rona bedak asas yang sedikit gelap berbanding warna kulit. Sapu ke seluruh wajah kemudian diikuti dengan bedak debu supaya rona kulit lebih sekata.

“Untuk pembayang mata pula boleh bermula dengan sapuan rona cerah ke gelap bermula dari garisan bulu mata sehingga ke bawah kening. Kemudian, sapukan pembayang mata dengan ton sederhana cerah.

“Kemudian gunakan celak rona gelap untuk menggariskan sepanjang hujung kelopak mata. Pastikan garisan yang dioles menggunakan celak pada bahagian atas kelopak mata dan bawah garisan bulu mata bertemu pada hujung mata,” katanya.

Emelia berkata, sapukan pemerah pipi merah jambu pada bahagian atas tulang pipi. Kemudian layangkan gincu merah terang bagi langkah terakhir solekan klasik.

“Sebelum sapuan pastikan anda menggunakan pensel bibir dan melukis bahagian luar bibir. Bentukkan bibir menjadi lebih mungil dan seksi. Ratakan dengan gincu pilihan.

“Selesai solekan, pilih busana yang sepadan supaya dapat menyerlahkan lagi gaya klasik pemakai,” katanya.

LANGKAH-LANGKAH

1. WAJAH model sebelum disolek. FOTO Rohanis Shukri.
1. WAJAH model sebelum disolek. FOTO Rohanis Shukri.

2. BENTUK kening supaya kelihatan kemas. FOTO Rohanis Shukri.
2. BENTUK kening supaya kelihatan kemas. FOTO Rohanis Shukri.

3. SAPUKAN pembayang mata, diikuti dengan garisan mata dan maskara. FOTO Rohanis Shukri.
3. SAPUKAN pembayang mata, diikuti dengan garisan mata dan maskara. FOTO Rohanis Shukri.

4. BEDAK asas diikuti bedak tabur dengan rona sederhana. FOTO Rohanis Shukri.
4. BEDAK asas diikuti bedak tabur dengan rona sederhana. FOTO Rohanis Shukri.

5. LAKUKAN teknik pembentukan wajah dan hidung. FOTO Rohanis Shukri.
5. LAKUKAN teknik pembentukan wajah dan hidung. FOTO Rohanis Shukri.

6. SAPUKAN pemerah pipi. FOTO Rohanis Shukri.
6. SAPUKAN pemerah pipi. FOTO Rohanis Shukri.

7. GUNAKAN gincu rona merah terang untuk melengkapkan solekan. FOTO Rohanis Shukri.
7. GUNAKAN gincu rona merah terang untuk melengkapkan solekan. FOTO Rohanis Shukri.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 January 2019 @ 3:16 PM