AYU dan manis dipandang.
AYU dan manis dipandang.
Siti Nadirah Hafidzin


Wajah umpama kanvas untuk menumpahkan daya kreativiti dan ekspresi diri. Andai bijak bermain dengan warna dan berus, sesiapa pun pasti boleh tampil dengan gaya unik lagi tersendiri.

Tambah manis jika wajah yang sudah dirias cantik, dipadankan dengan busana menawan, tentu makin terserlah gaya, sekali gus meningkatkan keyakinan di khalayak umum.

Terbukti kemahiran bersolek sememangnya membantu ramai wanita menyerlahkan penampilan, menonjolkan wajah lebih segar, anggun dan ekstravaganza.

Tidak perlu keterlaluan, jenis solekan harian atau gaya semula jadi yang kerap digayakan ke pejabat atau bertemu kenalan juga memadai untuk kelihatan manis.

Menurut jurusolek profesional Rohaya Rahim, penggunaan rona lembut dan warna tanah lebih sesuai digunakan untuk mendapatkan solekan yang semula jadi.

“Faktor cuaca yang tidak menentu kini sememangnya tidak sesuai untuk wanita mengenakan solekan terlalu tebal terutama bagi riasan wajah harian.

“Selain nampak pelik, kulit wajah juga berisiko rosak dan meninggalkan kesan cela sekiranya kerap mengenakan solekan keterlaluan,” katanya.

Rohaya berkata, walaupun sekadar bersolek ringkas, dengan menggunakan teknik yang betul, ia mampu menghasilkan solekan memukau.

“Faktor pemilihan warna pembayang mata, pemerah pipi dan gincu antara elemen terpenting selain penggunaan bedak asas dan bedak tabur yang tidak perlu keterlaluan.

“Cukuplah sekadar kelihatan manis dengan rona lembut pada wajah. Paling utama adalah teknik solekan. Sekiranya kaedah aplikasinya tepat, ia pasti menaikkan seri wajah,” ujarnya.

Menurut Rohaya, solekan ringkas boleh dilakukan dalam tempoh singkat kerana tidak memerlukan langkah dan teknik yang banyak.

“Memadai tempoh 20 minit untuk membuatkan wajah lebih ceria dan berseri terutama apabila menggunakan rona semula jadi,” katanya.

Rohaya berkongsi langkah demi langkah, solekan harian untuk mendapatkan hasil pada wajah yang lebih semula jadi.

1. WAJAH model, Nurul Nadia Salleh sebelum disolek.
1. WAJAH model, Nurul Nadia Salleh sebelum disolek.

2. LANGKAH pertama, lukis atau bentuk kening supaya kelihatan kemas.
2. LANGKAH pertama, lukis atau bentuk kening supaya kelihatan kemas.

3. SAPU pembayang mata menggunakan warna semula jadi atau warna tanah diikuti maskara.
3. SAPU pembayang mata menggunakan warna semula jadi atau warna tanah diikuti maskara.

4. SETERUSNYA, calit bedak asas dan ratakan pada seluruh wajah. Sapukan bedak tabur.
4. SETERUSNYA, calit bedak asas dan ratakan pada seluruh wajah. Sapukan bedak tabur.

5. LANGKAH keempat, sapu pemerah pipi rona lembut.
5. LANGKAH keempat, sapu pemerah pipi rona lembut.

6. KEMUDIAN, oles gincu dari rona pilihan.
6. KEMUDIAN, oles gincu dari rona pilihan.

7. AKHIR sekali, lengkapkan solekan dengan semburan lembapan ke seluruh wajah.
7. AKHIR sekali, lengkapkan solekan dengan semburan lembapan ke seluruh wajah.

8. WAJAH model selepas siap disolek menggunakan teknik solekan harian.
8. WAJAH model selepas siap disolek menggunakan teknik solekan harian.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Disember 2017 @ 2:28 PM