KEMAS dan terletak cantik di kepala.
KEMAS dan terletak cantik di kepala.
Siti Zarinah Sahib

Memakai selendang tanpa anak tudung ibarat mengenakan solekan tanpa gincu, kurang sempurna dan kesannya tidak menyerlah. Walaupun di pasaran terdapat pelbagai jenis anak tudung, akhirnya kebanyakan wanita memilih rekaan sederhana, tidak panas dan terletak cantik di kepala.

Memahami kehendak wanita Muslimah mengenai pemilihan anak tudung, mendorong Stailoz memperkenalkan anak tudung yang mampu memberikan faedah kesihatan serta mengekalkan trend dan keselesaan kepada pengguna.

Menggunakan teknologi fabrik titan dari Jepun serta gabungan zarah nano bagi mewujudkan cecair poliester titanium, ini menjadikan ia tampil sebagai anak tudung berteknologi tinggi.

Istimewanya, ciri cecair poliester titanium membuatkan anak tudung ini kalis sinaran ultra ungu. Oleh itu, ia mampu bertindak sebagai perisai kulit kepala daripada sinaran matahari, juga penyebab kedutan kulit, penuaan, kerosakan DNA dan selaran matahari.

Menerusi penggunaan fabrik khas ini juga, anak tudung dihasilkan lebih ringan dan nipis. Ini membuatkan ia selesa dipakai dalam keadaan cuaca panas di Malaysia. Malah sesuai dipakai mereka yang mengenakan selendang tebal.

Hadir dalam dua gaya iaitu panjang dan berbentuk tiub dengan sembilan warna pilihan iaitu hitam, putih, nude, ungu, biru gelap, ungu, hijau, perang gelap dan kelabu.

Lebih utama fabrik dipakai turut mengelak bau dengan cara meneutralkan peluh dan bau badan secara efektif, serta membunuh kuman supaya kulit sentiasa bersih dan segar. Menggunakan fabrik berkualiti tinggi, bebas toksik dan jahitan berkontur memastikan anak tudung melekap sempurna dan selesa sepanjang hari.

Ia juga memenuhi keinginan wanita untuk mendapatkan muka yang bujur. Pastinya rekaan khas ini menampilkan wajah kelihatan lebih kurus dan berbentuk bujur.

Pada masa sama, ada juga faedah kesihatan disebabkan fabrik dan bahan penciptaan berkualiti, dikeluarkan oleh organisasi terkenal dunia seperti SGS dan Intertek.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Mei 2018 @ 1:23 PM