ANGGUN bergaya dengan busana ringkas.
ANGGUN bergaya dengan busana ringkas.
TURUT menyediakan pilihan untuk wanita bersaiz besar.
TURUT menyediakan pilihan untuk wanita bersaiz besar.
CANTIK menawan menggayakan koleksi busana Clasa RTW.
CANTIK menawan menggayakan koleksi busana Clasa RTW.
Siti Nadirah Hafidzin

Tampil dengan gaya ringkas namun tetap menyerlah. Itu antara ciri yang sering menjadi pilihan kebanyakan wanita yang rata-ratanya lebih selesa untuk berfesyen dalam konsep sederhana.

Konsep ringkas sentiasa menjadi pilihan terutama untuk gaya harian kerana ia lebih mudah dan boleh disesuaikan dengan pelbagai keadaan.

Atas faktor itu, jenama fesyen tempatan Clasa RTW membariskan pelbagai rekaan busana supaya si manis boleh bergaya ringkas dan tampak menawan.

Menurut pengasasnya Maisurah Mazlan, antara koleksi yang sentiasa menerima sambutan menggalakkan adalah Magnolia Exclusive, Viola, Clover, Gaun Luna, Aria, kurung berlisu, gaun ropol, Daisy dan Aleefa Suit.

“Semua koleksi kami adalah busana idaman wanita dan didatangkan dengan harga mampu milik serta berpatutan.

“Kami juga membariskan koleksi pelbagai rekaan yang menyerlah, ringkas tetapi klasik. Selain itu, busana kami juga dilengkapi zip tersorok pada bahagian depan baju selain di hujung lengan,” katanya.

Menurutnya, fabrik yang digunakan juga berkualiti tinggi dan setiap rekaan adalah unik serta mengikut perkembangan fesyen semasa.

“Sehingga kini, kami mempunyai lebih 13 rekaan dan harga bermula RM39 hingga RM250 bergantung kepada busana.

“Kami mengutamakan kualiti, bukan kuantiti. Inilah sebabnya saya akan memastikan setiap rekaan dan material digunakan memuaskan hati pelanggan terutama bagi memberikan keselesaan ketika dipakai,” katanya.

Maisurah berkata, dia juga menawarkan perkhidmatan tempahan apabila pelanggan boleh memilih sendiri rekaan, saiz, fabrik dan warna yang dikehendaki.

“Kami menyasarkan pelanggan dalam kalangan wanita moden yang sukakan fesyen, wanita sudah berkahwin dan mempunyai anak tetapi sering mengalami masalah mendapatkan busana dengan rekaan terkini serta dilengkapi zip pada bahagian depan.

“Selain itu, busana kami juga boleh digayakan wanita berbadan besar supaya mereka juga dapat tampil cantik dengan fesyen terkini ,” ujarnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 January 2018 @ 9:49 AM